Saturday 10 December 2011

Video bentuk 2 Dimensi

Boleh digunakan semasa proses aktiviti di bahagian pengukuhan.
sumber: youtube

Thursday 8 December 2011

Tips untuk mengingati bilangan sisi bagi setiap bentuk

Tiada masalah untuk murid-murid mengingati nama bentuk seperti segitiga dan segiempat. Tetapi bagaimana pula untuk mengenal bentuk yang mempunyai sisi lebih daripada itu. Pelajari tips ini.


PENTAGON
Cara untuk mengingati pentagon ialah merujuk kepada huruf PEN yang berada di awal ejaan PENTAGON. Pen di pegang oleh jari dan bilangan jari ialah 5 maka PENTAGON mempunyai 5 sisi.


HEKSAGON
Cara mengingati bilangan sisi heksagon ialah merujuk pada huruf S dalam ejaan HEKSAGON. S merujuk kepada perkataan six iaitu 6 dan HEKSAGON mempunyai 6 sisi. 

HEPTAGON

Cara mengingati bilangan sisi HEPTAGON ialan merujuk kepada huruf T yang terdapat dalam ejaan HEPTAGON. T mewakili 7 dan HEPTAGON mempunyai 7 sisi.


OKTAGON

Cara mengingati bilangan sisi oktagon adalag merujuk kepada huruf O yang berada pada ejaan OKTAGON. O merujuk kepada bulan Ogos iaitu bulan 8 dan OKTAGON mempunyai 8 sisi.

sumber gambar: google